About Me

My photo
Malaysia
"Tiada kate2 indah utk mggambarkan peribadi, dr kace mata mahupom mata ati..ape yg dilihat, itulah diri.. miskin harta, kaya dgn cita2.. usaha digali seganding semangat yg dicipta. pernahku tersungkur..tp ttp berani bangun kembali..aku setia menjadi pencari ilmu.. makin byk yg dicari.. namun, baru bagai buih2 dilautan.. kugagahi kaki utk melangkah..mencari destinasi yg abadi.. Ya ALLAH, kurniakanlah SYURGAMU layak bgiku..ameen..

Monday, 12 November 2012

Sirah: Saiyidina Ali menghormati orang tua Nasrani

 
      Suatu hari Saiyidina Ali Karamallahu Wajhah tergesa-gesa untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah saw. Di tengah perjalanan ke masjid, Saiyidina Ali bertemu dengan orang tua bertongkat sedang berjalan dengan sangat perlahan dan ditangannya memegang pelita untuk menerangi jalan yang gelap gelita

     Saiyidina Ali mengikuti sahaja langkah orang tua itu kerana beliau tidak sanggup memintas orang tua itu sebagai menghormatinya. Apabila tiba di masjid, Saiyidina Ali bergegas masuk ke dalam masjid untuk menunaikan solat berjemaah bersama Rasulullah. Ketika Saiyidina Ali memasuki masjid di dapati rasulullah sedang rukuk. Rukuk Rasulullah pada kali itu sungguh lama, tidak seperti biasa, seolah-olah menanti Saiyidina Ali turut serta solat berjemaah.

    Setelah selesai solat subuh Saiyidina Ali bertanya kepada Rasulullah "Ya Rasulullah, kenapakah engkau memanjangkan ruku k pada kali ini, belum pernah engkau melakukan sebelum ini". Jawab Rasulullah "semasa aku sedang rukuk, dan ketika hendak iktidal, tiba-tiba datang malaikat Jibrail dan menekan belakangku. Setelah lama menekan barulah aku dapat iktidal".

    Mendengar jawapan Rasulullah, Saiyidina Ali menceritakan apa yang berlaku semasa perjalanannya ke masjid tadi. Rupa-rupanya Allah telah mengisyaratkan kepada Rasulullah supaya menanti Saiyidina Ali supaya dapat ikut serta solat berjemaah. Ada juga diriwayatkan bahawa pada saat itu Allah telah memerintahka malaikat Mika'il supaya menahan kelajuan matahari agar Saiyidina Ali dapat solat berjemaah  bersama-sama Rasulullah kerana sikap Saiyidina Ali merendah diri dan menghormati orang tua Nasrani



Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan walaupun hanya sekadar SENYUMAN

                                 

Sunday, 11 November 2012

Kelebihan Berwudhu

    Tiap kali kita hendak bertemu dengan raja segala raja perkara yang semestinya kita lakukan hingga hari akhirat ialah mengambil wudhu dan bersiap sedia untuk solat.

     Di akhirat kelak ada tiga cahaya yang berlainan:
                                                           
* cahaya yang pertama seperti bintang-bintang

* cahaya yang kedua seperti cahaya bulan

* cahaya yang ketiga seperticahaya matahari  





 

1.Ketahuilah kamu bahawa cahaya yang pertama adalah wajah-wajah manusia yang ketika di dunia mereka meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil wudhu apabila terdengar azan

2.Ketahuilah kamu bahawa cahaya yang kedua adalah wajah-wajah mereka yang mana mengambil air sembahyang sebelum berkumandangnya azan.

3. Ketahuilah kamu bahawa cahaya yang ketiga ialah cahaya seperti matahari yang mana mereka di dunia sudah bersiap sedia dalam masjid sebelum azan berkumandang lagi....


                                                                   gambar hiasan




























                                                                          

Friday, 1 June 2012

Rezeki ALLAH itu luas

    Ada sesetengah orang menganggap bahawa mereka tidak akan berjaya dalam hidupnya apabila mereka gagal untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM mahupun setelah berusaha bermati-matian. Saya pernah lihat situasi seperti ini yang mana seorang ayah berkata kepada anaknya "adik, peluang adik telah berlalu begitu saja". ayah ini berkata begitu disebabkan keputusan anaknya yang tidak memberangsangkan..

  '
Mahfum Firman Allah (Al-Ankabut:60
 Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah
yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

  Sebenarnya, Allah-lah yang memberi rezeki kepada kita dan kita perlu yakin dengan sebenar-benar keyakinan bahawa rezeki terletak  dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di tangan mahkluk mahupun pada slip peperiksaan


 


      Walaupun kita gagal memperolehi keputusan yang cemerlang, tapi ketahuilah bahawa rezeki Allah itu luas. mungkin ada yang lebih baik untuk kita yang kita tidak tahu kerena Allah sebaik-baik perancang. Disini saya bawakan satu cerita yang diceritakan oleh kawan saya iaitu tiger (nama samaran jer) yang mana jirannya itu bukanlah mendapat keputusan yang terbaik dalam SPM, tapi sekarang ini gajinya melebihi sepuluh ribu. Tidak bermakna kita gagal dalam SPM kita gagal selamanya kerna rezeki itu milik Allah.

Tuesday, 29 May 2012

Bawa Gelas Yg Kosong

     Assalamualaikum, memandangkan ini first post saya. suka saya bawakan satu analogi iaitu gelas yang kosong.kenapa saya nyatakan seperti berikut??
  apabila kita berada di majlis ilmu, kita mestilah membuka hati kita supaya apa yang kita dengari itu dapat diserap dalam hati kita



   Sebaliknya apabila kita bawa gelas penuh, adakah ilmu yang kita dengari itu dapat menakluki hati kita.. Lebih-lebih lagi gelas yang penuh itu dipenuhi dengan perkara yang negetif..oleh itu marilah sama-sama kita membuka hati kita agar kita peroleh seribu manafaat...