About Me

My photo
Malaysia
"Tiada kate2 indah utk mggambarkan peribadi, dr kace mata mahupom mata ati..ape yg dilihat, itulah diri.. miskin harta, kaya dgn cita2.. usaha digali seganding semangat yg dicipta. pernahku tersungkur..tp ttp berani bangun kembali..aku setia menjadi pencari ilmu.. makin byk yg dicari.. namun, baru bagai buih2 dilautan.. kugagahi kaki utk melangkah..mencari destinasi yg abadi.. Ya ALLAH, kurniakanlah SYURGAMU layak bgiku..ameen..

Friday 1 June 2012

Rezeki ALLAH itu luas

    Ada sesetengah orang menganggap bahawa mereka tidak akan berjaya dalam hidupnya apabila mereka gagal untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM mahupun setelah berusaha bermati-matian. Saya pernah lihat situasi seperti ini yang mana seorang ayah berkata kepada anaknya "adik, peluang adik telah berlalu begitu saja". ayah ini berkata begitu disebabkan keputusan anaknya yang tidak memberangsangkan..

  '
Mahfum Firman Allah (Al-Ankabut:60
 Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah
yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

  Sebenarnya, Allah-lah yang memberi rezeki kepada kita dan kita perlu yakin dengan sebenar-benar keyakinan bahawa rezeki terletak  dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di tangan mahkluk mahupun pada slip peperiksaan


 


      Walaupun kita gagal memperolehi keputusan yang cemerlang, tapi ketahuilah bahawa rezeki Allah itu luas. mungkin ada yang lebih baik untuk kita yang kita tidak tahu kerena Allah sebaik-baik perancang. Disini saya bawakan satu cerita yang diceritakan oleh kawan saya iaitu tiger (nama samaran jer) yang mana jirannya itu bukanlah mendapat keputusan yang terbaik dalam SPM, tapi sekarang ini gajinya melebihi sepuluh ribu. Tidak bermakna kita gagal dalam SPM kita gagal selamanya kerna rezeki itu milik Allah.