About Me

My photo
Malaysia
"Tiada kate2 indah utk mggambarkan peribadi, dr kace mata mahupom mata ati..ape yg dilihat, itulah diri.. miskin harta, kaya dgn cita2.. usaha digali seganding semangat yg dicipta. pernahku tersungkur..tp ttp berani bangun kembali..aku setia menjadi pencari ilmu.. makin byk yg dicari.. namun, baru bagai buih2 dilautan.. kugagahi kaki utk melangkah..mencari destinasi yg abadi.. Ya ALLAH, kurniakanlah SYURGAMU layak bgiku..ameen..

Monday 12 November 2012

Sirah: Saiyidina Ali menghormati orang tua Nasrani

 
      Suatu hari Saiyidina Ali Karamallahu Wajhah tergesa-gesa untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah saw. Di tengah perjalanan ke masjid, Saiyidina Ali bertemu dengan orang tua bertongkat sedang berjalan dengan sangat perlahan dan ditangannya memegang pelita untuk menerangi jalan yang gelap gelita

     Saiyidina Ali mengikuti sahaja langkah orang tua itu kerana beliau tidak sanggup memintas orang tua itu sebagai menghormatinya. Apabila tiba di masjid, Saiyidina Ali bergegas masuk ke dalam masjid untuk menunaikan solat berjemaah bersama Rasulullah. Ketika Saiyidina Ali memasuki masjid di dapati rasulullah sedang rukuk. Rukuk Rasulullah pada kali itu sungguh lama, tidak seperti biasa, seolah-olah menanti Saiyidina Ali turut serta solat berjemaah.

    Setelah selesai solat subuh Saiyidina Ali bertanya kepada Rasulullah "Ya Rasulullah, kenapakah engkau memanjangkan ruku k pada kali ini, belum pernah engkau melakukan sebelum ini". Jawab Rasulullah "semasa aku sedang rukuk, dan ketika hendak iktidal, tiba-tiba datang malaikat Jibrail dan menekan belakangku. Setelah lama menekan barulah aku dapat iktidal".

    Mendengar jawapan Rasulullah, Saiyidina Ali menceritakan apa yang berlaku semasa perjalanannya ke masjid tadi. Rupa-rupanya Allah telah mengisyaratkan kepada Rasulullah supaya menanti Saiyidina Ali supaya dapat ikut serta solat berjemaah. Ada juga diriwayatkan bahawa pada saat itu Allah telah memerintahka malaikat Mika'il supaya menahan kelajuan matahari agar Saiyidina Ali dapat solat berjemaah  bersama-sama Rasulullah kerana sikap Saiyidina Ali merendah diri dan menghormati orang tua Nasrani



Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan walaupun hanya sekadar SENYUMAN

                                 

No comments:

Post a Comment